click sini lepas bukak blog nie (:

Tuesday 31 July 2018

REVIEW : PULANG

Assalamualaikum. So since dah lama tak menulis dalam blog ni.. Iols nak tulis pasal movie lah. Sabtu haritu ( 27.07.2018 ) Iols telah pergi menonton filem Pulang arahan Kabir Bhatia di GSC Berjaya Times Square. Filem Pulang mengisahkan tentang cinta dan pengorbanan antara Che Thom dan Othman . Antara pelakon yang telibat adalah Remy Ishak sebagai Othman, Puteri Aisyah sebagai Thom, Erwin Dawson, Juliana Evans, Azrel Ismail dan ramai lagi.Dalam banyak banyak watak kat sini.. Iols sangat suka watak Othman . Memang sesuai sangat dengan Remy Ishak . Yelaa dia kan Tall, Dark N Handsome n so Kemelayuan.   Iols dari awal memang kesiankan Othman ni.Sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga dia. Walaupun agak geram sebab dia degil tapi macam tula kaum2 suami dan bapa kita kan. Utuhnya cinta Othman pada Che Thom sehinggakan lautan bergelora pun diredah demi rezeki . Cerita ni sarat dengan emosi . Pada awal hingga akhir cerita. Plot Twost yang last tu buat airmata ku berjujuran macam iols pulak kat tempat che Thom tu.. alahaiii . Apapun i bagi 15/10. Haa over tak iolsss ...

Setia tidak bermakna sentiasa bersama...




TERIMA KASIH KERANA MEMBACE (:

No comments:

Post a Comment

tinggal jejak (:

HAKCIPTA CIK EYYRAA